Pejam celik, pejam celik. Kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2010. Maknanya kad penilaian prestasi MPP akan mula dinilai satu persatu. Ini adalah lumrah kerana pada awal tahun 2011 kita akan menyaksikan pilihanraya kampus di UiTM untuk kesekian kalinya. Kalau di Sarawak kita menunggu ilham Tan Sri Taib Mahmud, maka di UiTM kita kenalah menunggu ilham dari Dato VC atau TNC Hep. Kita biarkan mereka dengan teka teki itu.
Bercerita tentang plihanraya ini, macam-macam isu yang keluar. antaranya, isu PARKING, isu LINE TELEFON, isu ATM, isu SURAU, isu BAS dan paling menarik isu WATERCOOLER. Kalau di fakulti undang-undang, isu paling cliche ialah cadangan nak buat COMPILATION OF NOTES dari part 1-part 6 utk kemudahan junior. Sayang seribu kali sayang, jarang kita nak lihat janji-janji MPP dalam manifesto akan tertunai. Kadang-kadang, manifesto yang mereka buat kurang cerdik atau kurang peka agaknya. Mereka asyik memandang benda-benda yang besar sahaja. Sebagai contoh, nak bina ATM la, nak elok kan line telefon la dan macam2 lg. Perkara ini belum tentu satu penggal boleh buat. Tak salah mahu mencadangkan perkara ini tapi kenalah yakinkan pengundi yang perkara ini bukan mudah. Ini tidak, sibuk menabur janji-janji manis kepada pelajar yang tak sedia faham. Memang sebijik macam ahli politik di luar sana. Janji pandai, buat tak reti.
Itukah pemimpin?
Paling memalukan, ada calon MPP yang ambil jalan mudah dengan melihat rangka cadangan universiti lantas dimasukkan dalam manifesto. Nanti apabila siap, dia pun "claim" yang janji telah pun ditunaikan. Selalunya kerja-kerja macam ini dilakukan oleh wakil-wakil kelab yang rapat dengan pentadbiran. Padahal secara realitinya mereka tak buat apa-apa, hanya menumpang! Inikah pemimpin. Oleh sebab itu, wahai pengundi, kita kena peka dengan manifesto calon-calon ini.
Kita kembali kepada isu manifesto. Manifesto adalah janji manis yang ditaburkan oleh calon-calon MPP. Oleh sebab itu, tak pernah satu pun manifesto yang tak sedap didengar,semuanya best belaka. Kalau boleh nak janjikan bulan dan bintang. Tetapi, macam mana pun, kita sebagai pengundi kenalah peka dengan janji2 mereka ini. Jangan kita ini diperbodohkan sesuka hati. KAJI, ANALISA, dan BANDINGkan dengan calon yang lain. Tidak kisah calon nak janjikan apa sahaja. Soalnya, mampu kah mereka menunaikannya atau sekurang-kurangnya berusaha MEREALISASIKANNYA??? Tepuk dada tanya selera.
Pertama- Ada yang menjanjikan setiap pelajar yang mendapat Anugerah Dekan setiap sem akan diberikan sijil tetapi sehingga tamat tempoh 2010, tak ada pula berita mengenainya.
Kedua- Ada pula calon yang menang yang menjanjikan penubuhan sebuah kelab, tetapi HARAM!!! satu bantuan pun tak dihulurkan.
Ketiga- Janji mengenai NOTES COMPILATION pun macam itu juga. Tiada apa yang dilakukan. Janji tinggal janji.
Keempat- Kalau mesin ATM n watercooler tu tak payah ceritalah. Sememangnya penapis itu sudah berkulat hijau dan ada yang tak boleh digunakan. Hal sekecil begini pun masih payah.
Kelima- Akhir sekali, mengenai peti aduan dan cadangan, Hal ini pun lenyap ditelan masa.
Alasan diberikan-pihak atasan tak bagi. Itu sahajalah modal yang digunakan. Kemudahan ada, FB, EMAIL atau papan kenyataan. tp sayang perkara ini sunyi sepi. Persoalannya mana pergi tanggungjawab MPP yang sibuk tayang blazer 24 hours?! Tepuk dada tanya minda.
Pembaharuan yang pasti ialah pejabat sekretariat MPP sudah diganti ke tempat yang lebih selesa. Maklumlah di fakulti tersebut sudah ada Taman Tergantung Babylon. Dengar cerita mahal harganya, terlalu mahal sehingga aktiviti pelajar pun tersekat dek taman ini. Tidak apalah, bak kata orang Perak, "biar pape asal bergaya". Tetapi, yang paling menyedihkan hati, surau tidak pula dibesarkan atau memasang paid khas utk wanita. kasihan melihat rakan-rakan perempuan yang terpaksa slow2 berjalan menutup aurat melalui kawasan lelaki ketika berwuduk. kadang ternampak juga aurat mereka. Kasihan..nak tak nak, kena solat juga.
Terakhir tp penting mengenai cerita manifesto ialah papan kenyataan MPP sama ada di peringkat fakulti atau pun universiti. Untuk fakulti saya, minta maaf cakaplah, macam tiada apa-apa. Cuma yang ada hanya senarai exco sekretariat yang hampir mememenuhi separuh ruang. Saya pun tak faham kenapa. Kalau lah mereka lebih inovatif untuk melampirkan ISU-ISU SEMASA, MAKLUMAT DANA PELAJAR, AKTIVITI MPP SELURUH MALAYSIA atau sebarang informasi yang relevan. tetapi, itu hanya angan-anganlah. Perkara yang sama juga berlaku di alam maya. FB pun lebih kurang sama dengan laman web MPP. Tiada informasi baru, tiada cerita yang menarik.
Tahukah mereka di luar sana, universiti lain sibuk dengan isu PALESTIN, isu HAK PELAJAR, isu PTPTN, isu BAJET. Semua itu dilupakan dan balik2 aktiviti wajib MPP- SAF dan Progrm 1 Malaysia. Makin muak dibuatnya. Itu baru kritikan terhadap papan kenyataan. Belum lagi program MPP. Apa yang saya tahu MPP tak akan mencipta aktiviti, mereka hanya menjalankan apa sahaja pihak pentadbiran buat. Betulkah? Tapi kalau betul, alamat malanglah jadi MPP kerana bukan Majlis Perwakilan Pelajar tetapi Majlis Pekerja Pentadbiran. Maaflah, bukan niat nak menyinggung tapi saya membawa rasa dan luahan majoriti pelajar yang sudah muak dengan MPP.
Orang kata mengungkit itu tak baik, tapi kalau bab ini sangatlah digalakkan. Kita ada hak untuk kritik pemimpin kita jika mereka tak buat kerja. Sewaktu mengundi dulu, mati-mati mahu undi kita, bila sudah dapat undi, lain ceritanya.
Apapun, saya mengangkat MPP sebagai satu medium pelajar dan pentadbiran dan sangatlah bersetuju dengan program The Voice of Student Leader. Cumanya, jadilah MPP yang lebih progresif dan tampak relevan di mata pelajar. Sesiapa yang sudah melakukan yang terbaik, congratz tetapi mana yang gagal. Tanggunglah kamu di akhirat esok dengan beban sebagai seorang pemimpin!!
Semak kad prestasi mereka. Ayuh!!!!
To be contibued..Part 2..