Pages

Sunday, January 9, 2011

MAHASISWA KEMBALI MENGGUGAT!!! JOM KE PMN!!!

Sekali lagi mahasiswa diajak berkumpul dan bersama membentuk satu solidariti yang menembusi blok- blok universiti. Setelah mahasiswa diadun mengikut acuan universiti masing-masing, mereaka diajak berkumpul tanpa mengira kaum, bangsa serta agama untuk menjayakan Perhimpunan Mahasiswa Negara. 

Perhimpunan ini bukan yang pertama kali dan diharapkan bukan yang terakhir. Perhimpunan ini mengajak anak muda mahasiswa yang terikat dengan AUKU untuk duduk semeja membincangkan masalah pelajar dan negara. Sekian lama, suara mahasiswa lesu dan senyap. Mahasiswa tidak ubah seperti kanak-kanak tadika yang rutin  hariannya, kelas-makan-rumah-kelas. Kini, kita harus kembali bersuara. Bersuara dengan tegas. Berdebat dengan fakta. 

Mahasiswa ada kuasa, ada ilmu dan ada semangat. Kita ada tanggungjawab lebih besar daripada menelaaah buku dan mendapat CGPA 4 dalam exam. Kita bukan penjenayah, kita bukan teroris. Perhimpunan Mahasiswa bukan untuk merusuh apatah lagi untuk bergaduh. Kenapa perlu gentar?

Bukti ada di depan mata, revolusi Russia, France, Thailand dan China semuanya bermula dengan mahasiswa.Kita mampu bentuk perubahan. Kalau anda takut, kami ada. Kalau anda gentar, kami sedia, kalau anda ragu, kami jelaskan. Usah ditunggu lagi..Inilah masanya berhimpun dan bersatu. 
Suarakan hasrat yang terbuku. 

JUMPA PADA 11 JANUARI 2011...
DI KLSCAH MAHARAJALELA..

AUTONOMI! DEMOKRASI! SOLIDARITI!

Tuesday, December 7, 2010

Januari yang dinanti..


Bulan Januari adalah waktu yang aku tunggu..sekian lama menanti akhirnya ia kan datang. Harapan agar penderitaan akan hilang dan dapat membentuk satu iltizam baru dalam diri. Segala kesilapan harus diperbaiki.

Januari 2011-last semester untuk Bachelor of Legal Studies(Hons). Terasa macam masa berlalu begitu pantas. Teringat mula2 jejak kaki waktu asasi dahulu selepas dapat keputusan SPM haha..lawak sungguh. 

Tetapi, perjuangan aku tak habis lagi. Tinggal setahun lagi untk ambil LLB. Semoga semuanya berjalan lancar. tak sabar nak graduate setelah bersusah payah belajar dan memenuhi harapan diri dan keluarga. Tak sangka cita-cita yang disulam sewaktu sekolah rendah semakin hampir menjadi kenyataan. 
Thank you Allah..








Sunday, December 5, 2010

THE CULTURE OF CRITICISM IN THE UNIVERSITY. IS IT REAL?

SIRI KEEMPAT..

Aku menulis artikel ini sekadar mahu berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang mungkin tidak tahu. Dalam artikel yang lepas,aku banyak menceritakan tentang kweujudan MPP dan gambaran sebenar politik kampus di UITM yang aku sifatkan lesu dan longlai. Lesu dan longlai maknanya kita menjadi statik tanpa sebarang perubahan ideologi, pemahaman mahupun pengetahuan. Kita masih di takuk lama. Apabila isu melayu dibangkitkan, kita mudah melenting. Apabila isu agama dikaitkan kita dengan semudahnya cuba menyesuaikan dengan adat mahupun pemahaman kita tanpa rujukan terhadap dalil naqli. Apabila kritikan terhadap pimpinan siswa mahupun universiti, kita digelar pembangkang ataupun tak bersyukur. Begitu juga sekiranya kita hambur kritikan kepada kerajaan, maka sahlah anda pembangkang. Sesunguhnya ruang demokrasi di universiti semakin sempit. 


Dalam siri ini, aku mahu menceritakan tentang betapa parahnya sebuah sistem demokrasi di kampus. Tiada niat mahu mengutuk atau menyakitkan hati sesiapa. Tulisan ini sekadar satu bentuk pandangan dari kaca mata saya sebagai seorang mahasiswa. Kisahnya begini..


Di fakulti, satu masalah yang pernah dihadapi ialah untuk belajar di fakulti dan kebanyakan kelas ditutup semasa study week. maka, ada sekumpulan pelajar yang sering belajar di kelas menghadapi masalah akibat kelas yang dikunci. Sebagai langkah awal, maka pelajar ini terus membuat aduan kepada YB MPP melalui laman FB. Namun, apa yang menyedihkan aduan kami diperlekehkan dan meminta kami untuk belajar di rumah sahaja. Tetapi yang melakukan hal ini bukannya YB tetapi pengikut-pengikut YB. 


Setelah beberapa aduan dilakukan maka terhamburlah beberapa kritikan terhadap pentadbiran yang YB ini. Kecohlah seketika di laman FB mengenai hal ini. antara kritikan yang diberikan ialah mengenai janji-janji YB, masalah kebajikan pelajar untuk belajar, YB yang membawa kroninya masuk dlm SMF dan sistem MPP secara keselurahan. Tetapi, segala kritikan ini gagal diserap dengan baik dan dibalas dengan provokasi. 


YB itu berusaha menunaikan impian kami tetapi malangnya terlambat.Sehingga kini masih sukar mahu belajar di fakulti. kebanyakan kelas dikunci. Jawapan yang paling klise "maaf, kami sudah berusaha tetapi pihak pentadbiran tidak bagi". So?? Adakah ini sahaja jawapan yang kamu boleh beri setelah kami mengundi anda? YB itu kini sudah lama meletak jawatan dan kini aktif dengan NGO nya. 

Begitu payah untuk berurusan dengan MPP kerana tiada saluran yang sesuai. Sebarang kritikan dianggap sebagai tentangan kepada YB. Kroni-kroni YB juga semakin galak menentang dan mengkritik sekumpulan pelajar yang mewakili ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan YB sejak daripada dulu hingga kini. 

Insiden yang paling membuatkan pelajar ini bangkit adalah apabila kritikan-kritikan yang diletakkan di page YB dicopy dan ditampal di setiap tandas pelajar di fakulti dan juga Dewan Sri Budiman. Sekumpulan pelajar ini dianggap mempromosi gerakan penentangan dan PRO M di universiti dan sememangnya perkara ini taboo di sini. mungkin ada yang sedar tetapi hal ini terjadi dalam bulan NOV-DIS 2009. Kononnya kebangkitan pelajar sudah bermula.

Sekumpulan pelajar ini tidak mahu menuduh sesiapa tetapi mungkin secara logiknya ia sebahagian daripada usaha lawan balik yang dilakukan oleh kroni tersebut. Hal ini kerana poster yang ditampal seolah-olah mahu memburukkan sekumpulan pelajar ini kononnya mereka adalah gerakan PRO M di sini. Namun, sehingga kini  dalang di sebalik penampalan poster ini tidak diketahui. Akibat daripada isu ini, ramai bertanya mengenai gerakan PRO M dan perkara ini sampai ke pengetahuan pihak exMPP dan MPP yang akan saya ceritakan nanti. 


Cumanya, konklusi daripada cerita ini ialah mengenai budaya berdebat dan budaya mengkritik dianggap sebagai satu bentuk tentangan dan bukannya satu bentuk teguran ke arah yang lebih baik. Budaya ini tidak menjadi sebahagian daripada mahasiswa. Mahasiswa akan berdebat dengan emosi tanpa dalil yang kuat. Kalau yang teruk, mereka akan cuba menentang dengan cara yang paling jahat untuk menjatuhkan lawan mereka. Beginilah senario yang berlaku dan saya yakin hal ini terjadi di setiap fakulti. Sekurang-kurangnya artikel ini lahir daripada realiti yang berlaku di sekeliling kita. Sekiranya kita masih di takuk ini, mahasiswa akan semakin lesu di mata dunia.

TO BE CONTiNUED..    


   

Friday, December 3, 2010

UITM SO DIFFERENT??? WHY?

SIRI KETIGA.

Winston Churcill pernah menyatakan demokrasi adalah pemerintahan terburuk tetapi sistem yang terbaik daripada yang lain. Salah satu daripada lambang demokrasi ialah pilihanraya, parti politik, kerajaan dan parlimen. Demokrasi juga berpegang kepada konsep pemisahan kuasa yang diterjemahkan oleh Monstesquieu pada abad ke 16. Demokrasi terbahagi kepada dua iaitu demokrasi langsung (direct democracy) atau demokrasi tidak langsung(indirect democrary). Kalau di Malaysia, kita mengamalkan demokrasi tidak langsung yakni rakyat memilih wakilnya untuk membuat keputusan.

Dalam konteks universiti, sistem pemilihan MPP ialah pilihanraya. Tradisi ini telah diamalkan sejak universiti pertama di Malaysia ditubuhkan. Ia dikenali sebagai PILIHANRAYA KAMPUS. Merujuk kepada sistem di UITM dan universiti lain, terdapat beberapa perbezaan yang ketara. 

Perbezaan pertama ialah parti atau kumpulan. Di UITM, tiada parti atau kumpulan yang dikenali sebagai Pro aspirasi atau pro mahasiswa. Setiap calon mesti bertanding secara individu dan tak dibenarkan bertanding atas tiket parti. Penubuhan kelab atau parti juga dilarang. Selain itu, setiap calon tidak boleh mengadakan pakatan untuk bertanding dan sekiranya berlaku, pencalonan akan dibatalkan. Tiada kerusi umum yang dipertandingkan di peringkat universiti. Malah YDP MPP juga tidak dikenali oleh pelajar dan akan hanya dipilih oleh calon yang telah menang.

Perbezaan kedua ialah tempoh berkempen. Tempoh berkempen di UITM sangat singkat. Hanya tiga hari dibenarkan berkempen sebelum pembuangan undi dijalankan. Kempen yang singkat ini sebenarnya menyulitkan para calon untuk bersedia dengan poster dan manifesto. Selain itu, kempen sebegini membuatkan para pengundi tidak peka dan benar-benar mengenali calon yang bertanding. Contohnya pilihanraya kampus 2010 di mana tempoh berkempen hanya 3 hari. Ia tambah menyulitkan apabila pihak universiti gagal untuk menyiapkan poster seperti yang dijanjikan dalam masa yang terdekat. Justeru itu, ia menjejaskan persiapan para calon.

Perbezaan yang ketiga ialah mengenai cara berkempen. Cara berkempen di UITM setiap tahun lebih kurang sama dan tiada sebarang perubahan. Hal ini berlaku kerana sekatan yang dikenakan oleh pihak HEP. Sebarang aktiviti kempen mesti mendapat kebenaran HEP. Cara kempen yang paling cliche ialah lawatan kelas ke kelas. kempen ini dikatakan berkesan oleh segelintir pelajar. semua calon seboleh-bolehnya pergi ke semua kelas. Hipotesis yang sering digunakan ialah semakin banyak kelas, semakin banyak undi yang akan anda dapat. Begitulah senario pilihanraya di sini.  paling menarik ialah kita dapat melihat CM atau campaign manager yang akan bersemangat bercakap bagi pihak calon. Calon ini ibarat YB lah.

Perkara yang sangat berbeza ialah calon-calon ini jarang nak berdebat atau mengadakan rapat umum untuk mempromosikan manifesto. Soal jawab terhadap manifesto juga tiada. semuanya hanya akur. Namun, satu kesimpulan mudah ialah para pengundi mungkin sudah muak atau tak mahu masuk campur dalam hal pilihanraya. Adakah mereka rasa MPP tak membantu? berdasarkan pengamatan, ada segelintir yang bosan dengan politik kampus yang tak kemana-mana. Sebahagian besar pula langsung tak ambil tahu dan tak kisah.

Seharusnya setiap kali kempen harus diadakan debat terbuka antara calon supaya pengundi dapat menilai manifesto dan keyakina calon tersebut. Keduanya, perdebatan ini membawa kepada perdebatan ilmiah dan akan membuahkan hasil yang efektif. Namun, sayang acara debat ini tidak wajib termasuk di fakulti undang-undang. semuanya lesu dan tak berani bersuara. Saya pernah mencadangkan untuk mengadakan debat tetapi mendapat sambutan dingin daripada pihak atasan dan kesuntukan masa kempen. Akhirnya, niat itu berkubur. 

Perbezaan terakhir adalah poster. Saya lihat setiap kali pilihanraya kampus akan berlaku pembaziran kertas secara berleluasa. Perang poster inilah yang menceriakan fakulti selama beberapa hari. Berbaloi jugalah RM 300 yang diberikan oleh HEP untuk setiap calon. Poster yang ditampal mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Cuma banner atau pamplet sahaja yang boleh dipelbagaikan. Namun, tiada apa yang menarik kerana design dan slogan yang dibawa oleh calon cukup klise atau kadang-kadang meniru slogan kerajaan. TAK MENARIK LANGSUNG!

Seperkara lagi yang merisaukan tentang pilihanraya ialah pengurusan sampah selepas pilihanraya. Semoga kertas-kertas poster boleh dikumpulkan dan dikitar semula. Boleh dapatkan keuntungan. Manalah tahu boleh tampung aktiviti pelajar jika tak dapat peruntukan. 

Sebenarnya banyak lagi perbezaan tetapi inilah perbezaan yang ketara antara plihanraya di UITM dan universiti lain. Saya pernah bertanya dengan bekas MPP. 

" Kenapa kita tak ada parti atau kumpulan di UITM untuk bertanding kerusi umum?" 
" Sebab UITM semuanya melayu. Takut nanti akan ada perpecahan sesama anak Melayu kalau ada pro M di universiti. Nanti pro M akan ikut rentak pembangkang. Lebih elok ada macam sekarang, kita tak berpecah."

Itulah jawapan diberikan..Anda setuju?? 

p/s; kalau macam itu, tak perlulah pilihanraya kt Malaysia ini. tak perlu demokrasi. Satu parti cukup kan haha..    

to be continued...siri keempat..

Wednesday, December 1, 2010

THE SHOCKING STATEMENT FROM THE FORMER PM ON AUKU..

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/uuca-meant-to-protect-public-funds-says-dr-m/

The shocking statement made by Tun Dr Mahahtir during The Malaysian Europe Forum on 30 Nov 2010. He stated that abolishment of AUKU would affect the public funds. It is because he believed that the universities get the funding from the taxpayers and if the students involves in politics, the students would neglect their study. However this statement shows that Tun never agree that our student now is matured. He still believe that student must STUDY!! STUDY!!! AND STUDY!!. He looks so hypocrite because he also part of the student movement during the Japan Colonialisation in Malaya and supported Anwar Ibrahim as student to attack on the administration of Tunku during 60's. 

But, his idea changed and in 70's he enacted AUKU to protect the government from the student demonstrations. the REAL INTENTION OF AUKU is not specifically to govern universities but to protect the government interest and its status quo. The situation happened on the election of 1969 was derived from the student movement when they established their own manifesto. LOOK!! we can see the effect when government lost two third majority in the Parliament. It's reality. 

Tun, I respect u as what you are but not all of your ideas, I believed that you brings a lot of changes to Malaysia and also u bring the bad things to Malaysia. With due respect i don't agree with you on this matter.. 

STUDENT SUDAH MATANG!!     

HOW MPP COME INTO EXISTENCE.

BERSAMBUNG...

Artikel pertama berkisar mengenai manifesto dan sikap sesetengah calon dlam pilihanraya kampus UiTM setiap kali ia diadakan. dlam siri kedua dan ketiga nanti, kita akan mengupas tentang sejarah penubuhan MPP dan sistem pilihanraya kampus di UiTM yang sememangnya berbeza dengan universiti lain. Kemungkinan besar ramai yang mengetahui perbezaannya tetapi ada juga yang tidak. 

Sejarah penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar bermula pada tahun 1974 selepas kerajaan pada waktu itu menubuhkan Akta 174 dan Akta Universiti Kolej Universiti. Kedua-dua akta ini digubal selepas demonstrasi mahasiswa di Baling. Antara yang terlibat dalam demonstrasi baling ialah Kesatuan Siswa ITM yang pada waktu itu adalah kesatuan pelajar ITM. Ia dipengerusikan oleh Ibrahim Ali. Kelantangan kesatuan ini yang telah bergabung dengan Kelab Sosialis UM dan persatuan Islam di UM membuatkan parti pemerintah tidak senang duduk lantas menyekat perjuangan mahasiswa dengan penggubalan kedua-dua akta ini dan penubuhan HEP di peringkat UNIVERSITI. 

Perkara yang menyebabkan demontrasi tersebut ialah akibat masalah kenaikan harga getah yang tidak dikawal oleh kerajaan serta kemiskinan yang melampau di Baling. Demonstrasi ini merupakan desakan daripada mahasiswa untuk menjadi jurubicara rakyat yang tertindas tetapi malangnya kelantangan mahasiwa tidak dilihat dari aspek yang positif lantas para pelajar tersebut ditahan dan disekat daripada terlibat dalam politik dan hal ehwal masyarakat sehinggalah ke hari ini.

MPP UiTM ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. MPP dipilih melalui sistem pilihanraya setiap tahun. MPP terdiri daripada 50 wakil daripada 25 fakulti di universiti. Setiap fakulti dikehendaki memilih dua wakil untuk menjadi ahli MPP. 
Pilihanraya kampus yang dijalankan tertakluk kepada Third Schedule dalam Akta 174.

Dalam Third Schedule terdapat beberapa perkara mengenai pemilihan wakil MPP, prosedur mesyuarat, pengurusan akaun sdan tugas-tugas MPP. Menurut Seksyen 7 (Third Schedule) menyatakan 5 tugas MPP iaitu 
1. Membantu pihak universiti dalam pengurusan dan pembangunan fasiliti dan makanan, 
2. Menjadi wakil pelajar kepada pihak universiti mengenai kehidupan dan akademik pelajar, 
3. Menjalankan aktiviti yang akan ditentukan oleh pihak universiti dari semasa ke semasa, 
4. Untuk memelihara hubungan baik di kalangan pelajar 
5. Membantu authoriti pihak universiti untuk mengekalkan disiplin di kalangan pelajar.

Secara keselurahannya, apa yang termaktub dalam Third Schedule menggambarkan kuasa MPP telah dikawal rapi oleh pihak universiti. Antara sebabnya ialah pengawalan melaksanakan aktiviti pelajar dan sebarang aktiviti perlu mendapat keizinan daripada pihak universiti. Keduanya, wakil MPP tiada kuasa sendiri untuk menentukan sistem pilihanraya atau sistem perwakilan pelajar sendiri kerana setiap minit mesyuarat diwajibkan dihantar kepada pihak universiti. dari aspek kewangan, MPP juga tiada kuasa untuk mengumpul dana sendiri. Ketiganya, walaupun MPP adalah wakil pelajar kepada pihak universiti tetapi sayangnya peranan ini tidak sepenuhnya djalankan. Sebaliknya, apa yang kita lihat MPP mejadi wakil pihak pentadbiran memberitahu kepada pelajar supaya mengikut segala peraturan universiti walaupun ia tak masuk akal atau tidak relevan kepada pelajar. Lantaran itulah, pelajar melihat MPP sebagai agen HEP atau universiti dalam melaksanakan sebarang polisi atau ideologi termasuk agenda politik. 

Kebebasan yang terhad terhadap penglibatan pelajar dalam beberapa NGO, pertubuhan atau parti politik sama ada dalam atau luar negeri dalam Seksyen 10 Akta 174 memberikan impak yang besar kepada MPP. Hal ini kerana sebarang isu yang dibangkitkan atau aktiviti yang djalankan oleh NGO (kecuali GPMS atau PERKASA) tidak dapat atau sukar dijalankan di universiti. Terdapat beberapa NGO yang sukar menjalankan aktiviti sebagai contoh Bar Council, SIS, Amnesty International, SUARAM serta SUHAKAM. Sekatan yang membawa kepada hukuman keras membuatkan para pelajar lebih takut dan cenderung untuk menjadi pasif di universiti. 

Oleh sebab itu, MPP tidak boleh bersuara atau dilihat pro mahasiswa atau pro rakyat selain daripada apa yang ditetapkan oleh pihak universiti. kuasa yang diberikan terhad akibat daripada rentetan sejarah perjuangan mahasiswa yang telah membawa impak yang besar kepada pemerintah.  kalau diselami sejarah MPP maka kita akan melihat betapa hebatnya gerakan pelajar dan mahasiswa dianggap jurubicara rakyat sebelum tahun 1974. 

Sebelum tahun 1974, pelajar pada waktu itu sememangnya garang dengan pelbagai ideologi antaranya nasionalis Islam, sosialis, ultranasionalis dan macam-macam lagi. Buktinya pada pada 22 April 1974, lebih kurang 6000 pelajar berarak di Shah Alam membawa isu kampus dan AUKU sehingga ITM ditutup selama sebulan. Kemudian pada Disember 1974, para pelajar yang bergabung di bawah satu pertubuhan melibatkan Kelab Sosialis UM, PMUM, Majlis Belia Malaysia, PKPIM dan para pelajar ITM yang dipimpin Ibrahim Ali. Mereka berjaya mengadakan demonstrasi tanda bantahan terhadap kemiskinan yang teruk melanda Baling akibat kejatuhan harga getah yang tidak dikawal oleh kerajaan. demonstrasi ini melibatkan hampir 10,000 orang. Lihatlah betapa kuat dan ampuh perjuangan mahasiswa pada waktu itu dalam membawa suara rakyat tertindas.

Begitulah sejarah gerakan mahasiswa yang membawa kepada penggubalan dua akta yang penting buat kita iaitu AUKU dan Akta 174 serta penubuhan HEP dan tertubuhnya MPP di peringkat universiti. Alasan yang paling utuh adalah untuk menyekat gerakan mahasiswa. dan KENAPA?? 

Itu terpulang kepada pemahaman masing-masing. tetapi, yang penting kita perlu sedar yang sebenarnya mahasiswa cukup kuat dan anda bukan lagi anak kecil yang perlu dipimpin setiap masa. Menurut sebuah blog, selepas peristiwa Baling, pemimpin pelajar tidak lagi bersifat pro rakyat atau pro mahasiswa sebaliknya pemimpin nasionalis yang pro HEP dan kerajaan. Hal ini berjangkit dari satu universiti ke universiti yang lain. Tiada masalah untuk menyokong sesiapa, itu hak anda. 

Tertarik dengan kata-kata Voltaire, "aku tidak menyukai apa yang kau ucapkan tetapi aku akan bela hakmu untuk mengucapkan itu" 

to be continued..siri ketiga..


Rujukan1. The Nutgraph www.thenutgraph.com/the-making-of-ibrahim-ali
Rujukan2 http://hamzahjundullah.blogspot.com/2009/07/perjuangan-mahasiswa-progresif-dulu.html
Rujukan3 Blog MPP UiTM 
Rujukan4 Akta 174

Tuesday, November 30, 2010

MPP : TAKE BACK YOUR REPORT CARD!!!

   Pejam celik, pejam celik. Kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2010. Maknanya kad penilaian prestasi MPP akan mula dinilai satu persatu. Ini adalah lumrah kerana pada awal tahun 2011 kita akan menyaksikan pilihanraya kampus di UiTM untuk kesekian kalinya. Kalau di Sarawak kita menunggu ilham Tan Sri Taib Mahmud, maka di UiTM kita kenalah menunggu ilham dari Dato VC atau TNC Hep. Kita biarkan mereka dengan teka teki itu.

   Bercerita tentang plihanraya ini, macam-macam isu yang keluar. antaranya, isu PARKING, isu LINE TELEFON, isu ATM, isu SURAU, isu BAS dan paling menarik isu WATERCOOLER. Kalau di fakulti undang-undang, isu paling cliche ialah cadangan nak buat COMPILATION OF NOTES dari part 1-part 6 utk kemudahan junior. Sayang seribu kali sayang, jarang kita nak lihat janji-janji MPP dalam manifesto akan tertunai. Kadang-kadang, manifesto yang mereka buat kurang cerdik atau kurang peka agaknya. Mereka asyik memandang benda-benda yang besar sahaja. Sebagai contoh, nak bina ATM la, nak elok kan line telefon la dan macam2 lg. Perkara ini belum tentu satu penggal boleh buat. Tak salah mahu mencadangkan perkara ini tapi kenalah yakinkan pengundi yang perkara ini bukan mudah. Ini tidak, sibuk menabur janji-janji manis kepada pelajar yang tak sedia faham. Memang sebijik macam ahli politik di luar sana. Janji pandai, buat tak reti. 
Itukah pemimpin?


   Paling memalukan, ada calon MPP yang ambil jalan mudah dengan melihat rangka cadangan universiti lantas dimasukkan dalam manifesto. Nanti apabila siap, dia pun "claim" yang janji telah pun ditunaikan. Selalunya kerja-kerja macam ini dilakukan oleh wakil-wakil kelab yang rapat dengan pentadbiran. Padahal secara realitinya mereka tak buat apa-apa, hanya menumpang! Inikah pemimpin. Oleh sebab itu, wahai pengundi, kita kena peka dengan manifesto calon-calon ini.


  Kita kembali kepada isu manifesto. Manifesto adalah janji manis yang ditaburkan oleh calon-calon MPP. Oleh sebab itu, tak pernah satu pun manifesto yang tak sedap didengar,semuanya best belaka. Kalau boleh nak janjikan bulan dan bintang. Tetapi, macam mana pun, kita sebagai pengundi kenalah peka dengan janji2 mereka ini. Jangan kita ini diperbodohkan sesuka hati. KAJI, ANALISA, dan BANDINGkan dengan calon yang lain. Tidak kisah calon nak janjikan apa sahaja. Soalnya, mampu kah mereka menunaikannya atau sekurang-kurangnya berusaha MEREALISASIKANNYA??? Tepuk dada tanya selera. 


Pertama- Ada yang menjanjikan setiap pelajar yang mendapat Anugerah Dekan setiap sem akan diberikan sijil tetapi sehingga tamat tempoh 2010, tak ada pula berita mengenainya. 
Kedua- Ada pula calon yang menang yang menjanjikan penubuhan sebuah kelab, tetapi HARAM!!! satu bantuan pun tak dihulurkan. 
Ketiga- Janji mengenai NOTES COMPILATION pun macam itu juga. Tiada apa yang dilakukan. Janji tinggal janji. 
Keempat- Kalau mesin ATM n watercooler tu tak payah ceritalah. Sememangnya penapis itu sudah berkulat hijau dan ada yang tak boleh digunakan. Hal sekecil begini pun masih payah. 
Kelima- Akhir sekali, mengenai peti aduan dan cadangan, Hal ini pun lenyap ditelan masa. 
Alasan diberikan-pihak atasan tak bagi. Itu sahajalah modal yang digunakan. Kemudahan ada, FB, EMAIL atau papan kenyataan. tp sayang perkara ini sunyi sepi. Persoalannya mana pergi tanggungjawab MPP yang sibuk tayang blazer 24 hours?! Tepuk dada tanya minda. 


  Pembaharuan yang pasti ialah pejabat sekretariat MPP sudah diganti ke tempat yang lebih selesa. Maklumlah di fakulti tersebut sudah ada Taman Tergantung Babylon. Dengar cerita mahal harganya, terlalu mahal sehingga aktiviti pelajar pun tersekat dek taman ini. Tidak apalah, bak kata orang Perak, "biar pape asal bergaya". Tetapi, yang paling menyedihkan hati, surau tidak pula dibesarkan atau memasang paid khas utk wanita. kasihan melihat rakan-rakan perempuan yang terpaksa slow2 berjalan menutup aurat melalui kawasan lelaki ketika berwuduk. kadang ternampak juga aurat mereka. Kasihan..nak tak nak, kena solat juga. 

  Terakhir tp penting mengenai cerita manifesto ialah papan kenyataan MPP sama ada di peringkat fakulti atau pun universiti. Untuk fakulti saya, minta maaf cakaplah, macam tiada apa-apa. Cuma yang ada hanya senarai exco sekretariat yang hampir mememenuhi separuh ruang. Saya pun tak faham kenapa. Kalau lah mereka lebih inovatif untuk melampirkan ISU-ISU SEMASA, MAKLUMAT DANA PELAJAR, AKTIVITI MPP SELURUH MALAYSIA atau sebarang informasi yang relevan. tetapi, itu hanya angan-anganlah. Perkara yang sama juga berlaku di alam maya. FB pun lebih kurang sama dengan laman web MPP. Tiada informasi baru, tiada cerita yang menarik. 

  Tahukah mereka di luar sana, universiti lain sibuk dengan isu PALESTIN, isu HAK PELAJAR, isu PTPTN, isu BAJET. Semua itu dilupakan dan balik2 aktiviti wajib MPP- SAF dan Progrm 1 Malaysia. Makin muak dibuatnya. Itu baru kritikan terhadap papan kenyataan. Belum lagi program MPP. Apa yang saya tahu MPP tak akan mencipta aktiviti, mereka hanya menjalankan apa sahaja pihak pentadbiran buat. Betulkah? Tapi kalau betul, alamat malanglah jadi MPP kerana bukan Majlis Perwakilan Pelajar tetapi Majlis Pekerja Pentadbiran. Maaflah, bukan niat nak menyinggung tapi saya membawa rasa dan luahan majoriti pelajar yang sudah muak dengan MPP.     


  Orang kata mengungkit itu tak baik, tapi kalau bab ini sangatlah digalakkan. Kita ada hak untuk kritik pemimpin kita jika mereka tak buat kerja. Sewaktu mengundi dulu, mati-mati mahu undi kita, bila sudah dapat undi, lain ceritanya.  

  Apapun, saya mengangkat MPP sebagai satu medium pelajar dan pentadbiran dan sangatlah bersetuju dengan program The Voice of Student Leader. Cumanya, jadilah MPP yang lebih progresif dan tampak relevan di mata pelajar. Sesiapa yang sudah melakukan yang terbaik, congratz tetapi mana yang gagal. Tanggunglah kamu di akhirat esok dengan beban sebagai seorang pemimpin!!

Jadi apa tunggu lagi. Keputusan di tangan anda. 
Semak kad prestasi mereka. Ayuh!!!!


To be contibued..Part 2..