Sekali lagi mahasiswa diajak berkumpul dan bersama membentuk satu solidariti yang menembusi blok- blok universiti. Setelah mahasiswa diadun mengikut acuan universiti masing-masing, mereaka diajak berkumpul tanpa mengira kaum, bangsa serta agama untuk menjayakan Perhimpunan Mahasiswa Negara.
Perhimpunan ini bukan yang pertama kali dan diharapkan bukan yang terakhir. Perhimpunan ini mengajak anak muda mahasiswa yang terikat dengan AUKU untuk duduk semeja membincangkan masalah pelajar dan negara. Sekian lama, suara mahasiswa lesu dan senyap. Mahasiswa tidak ubah seperti kanak-kanak tadika yang rutin hariannya, kelas-makan-rumah-kelas. Kini, kita harus kembali bersuara. Bersuara dengan tegas. Berdebat dengan fakta.
Mahasiswa ada kuasa, ada ilmu dan ada semangat. Kita ada tanggungjawab lebih besar daripada menelaaah buku dan mendapat CGPA 4 dalam exam. Kita bukan penjenayah, kita bukan teroris. Perhimpunan Mahasiswa bukan untuk merusuh apatah lagi untuk bergaduh. Kenapa perlu gentar?
Bukti ada di depan mata, revolusi Russia, France, Thailand dan China semuanya bermula dengan mahasiswa.Kita mampu bentuk perubahan. Kalau anda takut, kami ada. Kalau anda gentar, kami sedia, kalau anda ragu, kami jelaskan. Usah ditunggu lagi..Inilah masanya berhimpun dan bersatu.
Suarakan hasrat yang terbuku.
JUMPA PADA 11 JANUARI 2011...
DI KLSCAH MAHARAJALELA..
AUTONOMI! DEMOKRASI! SOLIDARITI!