Wednesday, September 1, 2010

suara sumbang dari seberang..

"Semakin lama semakin melampau". Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan situasi yang berlaku di negara serumpun kita di Seberang. Pelbagai aksi hina lagi menjengkelkan telah dilakukan kepada kedaulatan negara kita. Bermula dari aksi membakar Jalur Gemilang, membaling najis ke Kedutaan Malaysia dan mencabut plag nama di kedutaan. Kedutaan Malaysia dijadikan medan menghambur kata-kata kesat dan slogan Ganyang Malaysia dilaungkan.Paling menyakitkan, hal ini berlaku dalam kita sedang meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Acap kali perkara ini berlaku bermula dari peristiwa konfrontasi 1960, isu pekerja asing, isu amah, isu tarian pendet dan yang terbaru isu yang melibatkan nelayan. Mereka yakni rakyat Indonesia seringkali mengatakan Malaysia menindas rakyat Indonesia dan tidak menghormati kedaulatan mereka.

Pokoknya, siapa yang tidak menghormati siapa? Malaysia tidak pernah membakar bendera Indonesia ketika demontrasi, tak pernah mahu membaling najis ke kedutaan mereka. Sebaliknya, mereka yang melakukan perkara tersebut, Mereka yang mencabul kedaulatan kita.

Soal kedua, Malaysia menindas Indonesia? Penindasan dari segi apa?? Beribu-ribu rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia malah ada yang menjadi kaya di Malaysia. Saya pernah mempunyai kenalan Indonesia yang bekerja sebagai amah dan  mempunyai simpanan yang cukup untuk membina banglo di Jakarta. Adakah itu juga penindasan?

Soal ketiga, Malaysia melakukan kekejaman kepada rakyat Indonesia. Adakah itu benar? Kesemua majikan yang menyeksa pekerja mereka telah didakwa dan dijatuhkan hukuman yang setimpal melalui undang-undang Malaysia. Tiada isu pilih kasih yang timbul dalam soal pengadilan.

Soal keempat, sebuah kumpulan Gerakan Anti Malaysia(GERAM) mahu memboikot barangan Malaysia dan melarang rakyat Indonesia supaya tidak melawat Malaysia. Kenapa tidak mahu memanggil semua pekerja Indonesia di Malaysia pulang? Bukankah lebih ramai rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia untuk bekerja daripada melancong? Inilah alasan-alasan dangkal para pendemontrasi ini apabila bercakap tanpa memikirkan kesannya.

Kini, sudah ada dua buah kumpulan yang sedang sibuk mengatur tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia. Satu, GERAM dan satu lagi ialah Lumbung Informasi Rakyat. Keadaan makin tidak terkawal dan ada terdengar suara-suara sumbang yang mahukan kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan melancarkan perang terhadap Malaysia. Lihat?? Sudah terang lagu bersuluh, mereka yang mencabar kedaulatan Malaysia walhal rakyat Malaysia tidak pernah mahu mencabar kedaulatan mereka. Bak kata orang, biarlah Indonesia yang bergendang dan biar mereka sahaja yeng menari.

Apapun, rakyat Malaysia perlu peka dengan keadaan semasa. Kita perlu bertindak dan tidak boleh berdiam sahaja. Segala kekotoran yang dicalit perlu diambil kira dan dibawa ke muka pengadilan. Ugutan serta pencabulan imuniti kedutaan perlu diambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak berkuasa Indonesia tak mengambil tindakan yang serius.   

p/s-kalau susah esok,sapala yang bantu kan..

2 comments:

hamba Allah said...

mari kita mencuci otak....

hann said...

cuci jgn tak cuci..

Post a Comment