Saturday, October 2, 2010

Hati yang terluka..

Entah kenapa semakin lama hidup. semakin aku terluka dengan pelbagai ragam manusia dan dunia kini. Sememangnya dunia ini adalah masalah buat kita. the world without problem is not the world. Ayat ini memang ada kebenaran. bermula daripada masalah cinta, famili, rumahtangga sehingga ke masalah negara, luar negara dan macam-macam lagi. Itu belum masuk gelagat pihak universiti malaysia yang suka menganggap student sebagai budak2.

Sejak aku masuk sekolah berasrama penuh yang berprestij sehinggalah aku layak ke universiti kebanggaan melayu, semua sikap pihak atasan hampir sama. 
1. menganggap diri mereka betul 
2. kalau mereka salah, kembali ke perkara no.1.

Aku penah terlibat dalam proses pemilihan ketua pelajar di sekolah kerana aku adalah salah seorang pengawas. Pada mulanya semua pengawas sepakat untuk melihat A sebagai ketua pengawas memandangkan kredibiliti yang ada tetapi ada dasar sokongan pihak atasan, mereka lebih berminat untuk mengambil Z sebagai ketua pelajar. Z tidak ada masalah cumanya dia sendiri tidak mahu sebagai ketua pengawas kerana alasan tidak cemerlang dlm pelajaran. Itu kisah ketua pelajar. 

Kisah timbalan kp lagi teruk. Dari peringkat sekolah lagi kita dapat lihat pengamalan kronisme tanpa merit. Secara tak dijangka, salah seorang pelajar yang sememangnya budak kapla aka budak jahat yang baru jadi pengawas dilantik sebagai timbalan kp. Pelik bukan??Nak tahu sbb pe?? Sebab dia pinjamkan buku kat pengetua ehehe...

Selepas beberapa bulan dilantik, Z ambil keputusan untuk letak jawatan. itulah untuk kali pertama dalam sejarah ketua pengawas di sekolah aku letak jawatan. Maka kecohlah satu sekolah dan aku sekali lagi melihat ketidakadilan dlm sistem dan kekhilafan pihak atasan. Timbalan kp yang baru sahaja menjadi pengawas dilantik sebagai KP!!! wah, kenaikan yang cepat bukan?! sedangkan ramai lagi pengawas yang lebih layak untuk menggantikan Z. Ini semua akibat sikap org atasan yg berfikir mereka sgt hebat..

Masa berlalu begitu cepat, aku tak seharusnya memilih dia. aku kecewa lantas hanya berdiam diri. Mungkin idea radikal belum singgah ke kepala aku. Kalau tidak, mungkin aku akan ajak semua pengawas hantar surat peletakan jawatan tanda bantahan. Tapi sayangg, waktu itu, mulut aku terkunci rapat. Hari ini, aku menyesal kerana aku hanya mampu berdiam. Kalaulah aku berani bersuara..mungkin skrip cerita akan berubah.

Situasi yg serupa berlaku pd aku hari ini. Mengenai hak mahasiswa. Selepas AUKU masih berdiri lg, aku lihat ia bakal menenggelamkan  jutaan mahasiswa. Tp aku yakin AUKU tak penah halang mahasiswa utk berfikir, dan aku yakin AUKU, tak penah halang mahasiswa utk membaca. Selagi matahari dan bulan silih berganti, dan selagi awan menurunkan hujan..selagi itulah roh perjuangan mahasiswa tetap akan hidup tanpa ditelan zaman...! Percayalah.. 

Ada rakan yg pernah mempertikaikan perjuangan mahasiswa ini, katanya hanya buang masa dan fokus sajalah pd pelajaran.tak guna nak tentang kerjaan..universiti ni pun kerjaaan yg bagi..
hmm..tak slah pndpt itu. Mgkin dia rasa dia berada zon selesa.org senang yg tak pernah fikir pasal org yg susah. Aku hanya tersenyum. 

Perjuangan mahasiswa sbnnarnya mahu membebaskan pelajar drpd pemikiran jumud. 
Ia adalah medium mendekatkan pelajar dgn msyrakat dan mengerti keperluan masyrakat. 
Kalau mahasiswa hanya sibuk baca buku, siapa yg akan meneruskan legasi pemerintahan nanti. Kita tak boleh bersikap individualistik. 
Segala kebenaran perlu ditegakkan. 
Perjuangan mahasiswa bukan mahu menentang krjn tetapi mahu menjadikan Malaysia lebih baik. Mahasiswa manusia yg berilmu. 
Ilmu ini perlu disalurkan, kalau tak ia diibaratkan pokok yg tak berbuah. 
Itu tanggungjawab dan bukan pilihan.

Baru-baru ini,KEPUTUSAN MAHKAMAH menyatakan AUKU tak bercanggah dengan undang-undang. aku menghormati keutusan mahkamah tp aku kdg2 pelik melihat krjn dan pihak UKM bersungguh2 mempertahankan AUKU dan mahu mendakwa 4 pelajar ini di Mahkamah Universiti. Seolah-olah mereka ini penjenayah yg pernah membunuh Canny Ong ataupun Datuk Sosilawati. Wahai pihak UKM dan krjn, bukankah lebih baik mereka dilepaskan drpd dakwaan AUKU, mereka bukan melakukan jenayah tetapi hanya pergi melihat pilihan raya shj. Adakah mengundi itu jenayah? Adakah melihat pilihan raya itu jenayah?Adakah bergaul dgn ahli politik itu jenayah??

Universiti harus bebas dan menjadi tempat utk membela pelajarnya. tetapi aku yakin perkara itu takkan pernah terjadi di Malaysia kerana universiti malaysia sudah ditutup mulut dan tangan. Seperti melihat seorang pengetua yg memukul anak muridnyanya hanya kerana anak muridnya belajar lebih daripada silibus.Kelakar bukan?? Fikirkanlah..Malaysia semakin pelik...

Wednesday, September 1, 2010

suara sumbang dari seberang..

"Semakin lama semakin melampau". Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan situasi yang berlaku di negara serumpun kita di Seberang. Pelbagai aksi hina lagi menjengkelkan telah dilakukan kepada kedaulatan negara kita. Bermula dari aksi membakar Jalur Gemilang, membaling najis ke Kedutaan Malaysia dan mencabut plag nama di kedutaan. Kedutaan Malaysia dijadikan medan menghambur kata-kata kesat dan slogan Ganyang Malaysia dilaungkan.Paling menyakitkan, hal ini berlaku dalam kita sedang meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Acap kali perkara ini berlaku bermula dari peristiwa konfrontasi 1960, isu pekerja asing, isu amah, isu tarian pendet dan yang terbaru isu yang melibatkan nelayan. Mereka yakni rakyat Indonesia seringkali mengatakan Malaysia menindas rakyat Indonesia dan tidak menghormati kedaulatan mereka.

Pokoknya, siapa yang tidak menghormati siapa? Malaysia tidak pernah membakar bendera Indonesia ketika demontrasi, tak pernah mahu membaling najis ke kedutaan mereka. Sebaliknya, mereka yang melakukan perkara tersebut, Mereka yang mencabul kedaulatan kita.

Soal kedua, Malaysia menindas Indonesia? Penindasan dari segi apa?? Beribu-ribu rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia malah ada yang menjadi kaya di Malaysia. Saya pernah mempunyai kenalan Indonesia yang bekerja sebagai amah dan  mempunyai simpanan yang cukup untuk membina banglo di Jakarta. Adakah itu juga penindasan?

Soal ketiga, Malaysia melakukan kekejaman kepada rakyat Indonesia. Adakah itu benar? Kesemua majikan yang menyeksa pekerja mereka telah didakwa dan dijatuhkan hukuman yang setimpal melalui undang-undang Malaysia. Tiada isu pilih kasih yang timbul dalam soal pengadilan.

Soal keempat, sebuah kumpulan Gerakan Anti Malaysia(GERAM) mahu memboikot barangan Malaysia dan melarang rakyat Indonesia supaya tidak melawat Malaysia. Kenapa tidak mahu memanggil semua pekerja Indonesia di Malaysia pulang? Bukankah lebih ramai rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia untuk bekerja daripada melancong? Inilah alasan-alasan dangkal para pendemontrasi ini apabila bercakap tanpa memikirkan kesannya.

Kini, sudah ada dua buah kumpulan yang sedang sibuk mengatur tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia. Satu, GERAM dan satu lagi ialah Lumbung Informasi Rakyat. Keadaan makin tidak terkawal dan ada terdengar suara-suara sumbang yang mahukan kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan melancarkan perang terhadap Malaysia. Lihat?? Sudah terang lagu bersuluh, mereka yang mencabar kedaulatan Malaysia walhal rakyat Malaysia tidak pernah mahu mencabar kedaulatan mereka. Bak kata orang, biarlah Indonesia yang bergendang dan biar mereka sahaja yeng menari.

Apapun, rakyat Malaysia perlu peka dengan keadaan semasa. Kita perlu bertindak dan tidak boleh berdiam sahaja. Segala kekotoran yang dicalit perlu diambil kira dan dibawa ke muka pengadilan. Ugutan serta pencabulan imuniti kedutaan perlu diambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak berkuasa Indonesia tak mengambil tindakan yang serius.   

p/s-kalau susah esok,sapala yang bantu kan..

Sunday, August 29, 2010

sajak buat anak muda...

tanah ni milik siapa..
milik kita atau milik mereka..
sudah sekian lama kita diulit mimpi
disogok kata-kata manis,
dicalit warna-warna indah
tanpa, kita sedari..
semuanya dusta..indah khabar dari rupa..

tapi, mulut kita sudah terkunci dgn akta
tangan terikat dengan gari
jiwa longlai tak bermaya,
paling sedih, akal lemah dan parah

apa guna ada korporat, teknorat atau konglomerat
kalau otak sudah lama berkarat
menjadi pak angguk kepada korupsi,
menjadi boneka pimpinan kuku besi

anak siswa harus lebih berani.
akal kita bukan untuk kita
tapi untuk bangsa dan negara

tanah ini milik siapa..
yang pasti,bukan milik wakil rakyat,
bukan milik saudagar besar
bukan milik orang tua..
tapi ia milik kita..
anak muda yang bebas merdeka dan...
bebas berfikir..

Wednesday, August 25, 2010

sebuah realiti..

Selangkah ke detik kemerdekaan merupakan saat yang perlu kita fikirkan betul-betul. Setelah 53 tahun kita merdeka, apa yang telah kita capai. Ke tahap mana kita gapai? Ya, memang kita bangga ada KLCC, ada KLIA, ada Litar Sepang, ada Putrajaya. Semuanya bersifat material semata-mata. Kita perlu sedar di Malaysia masih ada AUKU, ada ISA, ada racism yang menebal, ada ultra kiasu yang melampau, ada korupsi yang membarah, ada red tape yang menghalang, dan ada hak yang tertindas. Ini juga benih-benih kemerdekaan.


 
-antara monumen kemerdekaan

Lahiriah, semua negara bangga dengan kita. Kita berjaya diiktiraf sebagai 37 negara terbaik di dunia melalui survey oleh Newsweek. Namun, adakah ia benar-benar terbaik buat rakyatnya? Kita bukan mahu derhaka atau kufur pada nikmat, cuma mahukan perubahan agar kejayaan kita bukan hanya utk abad ini. Kita fikir sejenak, dahulu, kita pernah bersaing dengan Amerika Syarikat, negara Eropah, Korea dan Jepun dari aspek ekonomi. Namun, itu hanya sementara. Kini, kita terpaksa bersaing dengan Vietnam, Laos, Kemboja yang dahulu kita tinggalkan kebelakang. Mereka yang maju atau kita yang mundur? Persoalan ini perlu dikupas dengan rasional.

NOT MY HAND!!(POLITICIAN AHA)
Malaysia perlu berjimat. Penjimatan bukan lahir dari rakyat tetapi juga kerajaan. Rakyat bukan hamba kerajaan. Takkan semuanya rakyat yang kena buat. Makan ubi kayu pun, rakyat yang kena makan dulu. Ini tidak adil. Baru-baru ini, subsidi minyak ditarik 5 sen agar kerajaan dapat menjimatkan RM 750 juta. Namun, itu belum cukup lagi, kerajaan juga harus berjimat. Mengurangkan elaun-elaun menteri, mengurangkan pembaziran khazanah hutan, mengurangkan projek-projek mega dan melaksanakan ketelusan dalam pemberian kontrak supaya ketirisan tidak berlaku. 

Dari aspek sosial, hak mahasiswa makin terancam. Hak sivil rakyat juga makin terabai. Silap sikit terus masuk ke dalam. Inikah kebebasan yang diuar-uarkan? Suara perlu didengar. Mahasiswa juga rakyat, mahasiswa juga punyai suara. Kita mahu mengidam UM menjadi seperti Harvard tetapi sistemnya masih tidak bebas. UiTM mahu jadi World class university tetapi autonominya disekat. Diskusi Student Power dimomokkan sebagai anti perpaduan sedangkan ia hanya pengkisahan sebuah sejarah.
harapan atau kenyataan??

Sosial Malaysia semakin menggila. Sikap kita sudah tidak lagi terbuka. Isu bangsa semakin menjadi-jadi seolah-olah kita baru merdeka semalam. PERKASA dengan hak Melayunya, DAP dengan hak sama ratanya. Mereka mula menjadi buta dan tuli tentang hak dan keistimewaan. Mana satu negara, mana satu bangsa. Bukankah kepentingan nasional lebih penting daripada bangsa? 

Gereja dibom oleh anasir yang tak berguna
 Kita bersorak tentang One Malaysia tetapi belum tentu kita faham tentang isinya. Setiap masa ada saja iklan One Malaysia sehingga ia sudah menjadi zikir umum di televisyen. Namun, realitinya, ada surau yang disimbah cat, ada gereja yang dibaling bom dan ada pengetua yang menjadi rasis, ada saja pertikaian hak Bumiputera, ada saja penindasan bangsa dan macam-macam lagi. Di dada akhbar terpampang isu Melayu  dan bukan Melayu diapi -apikan seperti mahu mencurah minyak ke dalam api. Semakin lama, kita semakin ego. Kita rasa kita mahu itu, kita mahu ini tanpa memikirkan hak orang lain. Ingat, Cina juga orang Malaysia, India juga orang Malaysia. 


Sebenarnya sudah lama kita menjadi Satu Malaysia, sudah lama kita bersatu. Tapi sayang, hari ini kita makin berpecah. Kita menjadi jahil tentang kontrak sosial. Kita menjadi tuli mendengar suara rakyat, kita makin buta menilai kebenaran. Usah digadai perpaduan dek pergaduhan politik, usah digadai kebebasan demi mendapat undi dan usah ditaruhkan nasib mahasiwa dek sebuah legasi jumud. Mahasiswa harus main peranan dan  bukan menjadi pak turut.  Angka 53 sebenarnya mengingatkan kita tentang realiti yang perlu dihadapi. Persoalannya..Ke Mana Malaysia? Terbitkah sebuah fajar atau terbenamnya sebuah mentari..




  p/s adakah ini kesudahannya..aku bukan mahu sokong parti tapi aku mahu sokong negara!!! Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 53..

Friday, August 20, 2010

is One Malaysia exists?

Kenyataan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) memandang serius dan mengecam keras kenyataan berbaur perkauman serta menghina yang didakwa telah diucapkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai Jaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Ucapan beliau yang dilaporkan menyebut bahawa pelajar berbangsa Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke negara Cina disamping menyamakan gelang keagamaan agama Hindu yang dipakai oleh pelajar berbangsa India seperti rantai anjing adalah amat jijik dan begitu menonjolkan kejahilan beliau berhubung isu kewarganegaraan serta aspek ritual agama-agama lain di negara ini.

Bahkan, amat memeranjat dan memilukan sekali kerana semua itu diucapkan di hadapan murid-murid pelbagai bangsa semasa perhimpunan sekolah bersempena perayaan menyambut bulan kemerdekaan negara. Apakah beliau langsung tidak memikirkan perasaan para pelajar, terutama berbangsa Cina dan India, yang mengumandangkan lirik “Negaraku, Tanah tumpahnya darahku” semasa menyanyikan lagu kebangsaan pada majlis tersebut namun disajikan dengan ungkapan umpama menghina dan menghalau keluar dari negara ini?

Oleh itu, Pemuda BN berpendapat bahawa insiden ini, yang telah mengundang 17 laporan polis setakat ini, haruslah disiasat sepenuhnya dan sekiranya benar terjadi maka beliau hendaklah di dakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, kerana ia  langsung tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat majmuk di negara ini.

Pemuda BN juga menyeru supaya Kerajaan tidak memandang remeh tentang perkara ini dan sekiranya benar ia berlaku maka suatu hukuman yang keras perlu dilaksanakan sebagai suatu pengajaran serta isyarat tegas bahawa mana-mana tindakan yang tidak selari dan sejajar dengan gagasan 1Malaysia, yang memupuk semangat perpaduan nasional, haruslah ditangani dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Insiden ini, yang melibatkan seorang ketua pentadbir sebuah insititusi pendidikan, mahupun kes terdahulu yang membabitkan seorang bekas Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri menampakkan bahawa isu perkauman adalah suatu permasalahan sistemik yang bukan sahaja wujud bahkan menular di dalam masyarakat majmuk di negara kita ini dan betapa amat mudah sekali bagi mana-mana pihak untuk terjebak di dalam apa jua provokasi mahupun konflik berbaur perkauman.

Sehubungan itu, disamping menekankan aspek punitif bagi sebarang insiden yang disabitkan kesalahannya, Pemuda BN juga menyeru agar Kerajaan dapat mencari jalan bagi mempertingkatkan lagi penyemaian dan penyuburan semangat serta nilai patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat disamping menginstitusikan usaha-usaha tersebut, terutama di dalam aspek penilaian dan kenaikan pangkat kakitangan Kerajaan bagi mengelakkan berulangnya insiden yang melibatkan seorang pegawai kanan Kerajaan, yang berperanan besar di dalam urus tadbir sebuah sekolah, seperti mana yang berlaku di Kulai Jaya, Johor ini.

Umum mengetahui bahawa isu perkauman adalah aspek dua hala yang bukan sahaja membabitkan kenyataan atau tindakan dari bangsa Melayu berhubung Bukan Melayu, bahkan begitu juga sebaliknya. Sehubungan dengan itu Pemuda BN menyeru semua pihak untuk bersifat waspada dan menghindarkan diri daripada mudah terjerumus ke kancah polemik dan konflik perkauman disamping kita semua bersama  mencari titik penyelesaiannya. Inilah dianya cabaran 1Malaysia.
Sources: http://www.rembau.net.my/
Dasar perkauman sempit masih berleluasa. Tindakan tegas harus diambl atas dasar persefahaman bangsa. Akta ISA dan Akta Hasutan wajar dikenakan kepada Pengetua ini..Namun, bukan soal tindakan, tp yg penting ialah kesedaran utk mempercayai yang setiap org mempunyai hak utk beragama dan hak mengamalkan adat resam bangsa tersebut seperti yang dijelaskan dalam Universal Declaration on Human Rights. Tuntasnya, inilah cerminan kemerdekaan dan kontrak sosial yang diagung-agungkan dlm masykt Mlaysia. Sesungguhnya, kita masih terkebelakang..

Capek di Bulan Rmadhan..

Sejak dua menjak ni..banyak keja nak kena buat. Maklumlah sudah pertengahan semester. Tak lama lgi akan cuti so byk la pensyarah2 nak ganti clas supaya dpt balik awl. kebetulan puasa pula, maka waktu lunch pun digunakan utk menggantikan klas tersebut. tak kisah pun sebenarnya ganti clas, at least dapat cuti raya nanty.
Bulan puasa tahun ni ada azam baru nak banyak solat terawih. bukan senang nak jumpa bulan n selalu. entah tahun depan jumpa atau tak, wallahuallam..semua itu keja Tuhan. Sementara kudrat masih ada kena lah beramal.

Tentang bulan puasa ni, banyak benda yg menarik kalau nak cerita. Tapi yg menarik perhatian aku ialah tentang:

BAZAR RAMADHAN:- aku dgn rakan dok menjelajah tempat jualan bazar. Setiap tempat mst penuh. Kadang2 aku fikir untung k suma kedai kt sini...Kami pergi dari seksyen 13, seksyen 7,seksyen 18 dan seksyen 17. Semuanya kt Shah Alam. Maklumlah, kawasan stdnt. Pasaran mmg luas. dekat seksyen 7 sahaja ada 2 bazar besar. Macam nak gila aku tgk makanan. Pelbagai juadah dari makanan Melayu sehingga Western. 


Menu utama aku mudah. ROTI JOHN. Aku tak tahu asal usul makanan ni tetapi mmg sedap. yg peliknya aku ske bila bulan puasa jek. Bulan lain aku tak pandang plak. hurm...Tetapi menurut sumber yg agak boleh dipercayai, ROTI JOHN berasal dari Singapura. Cara penyediaan nya mudah, gaulkan telur dgn daging, bawang, cili, dan campurkan sedikit garam. Kemudian kacau dan biarkan semua bahan sebati. Lepas tu, letakkan bhan tersebut di atas kuali leper dan letakkan roti di atas campuran telur tadi. Biarkan garing dan kemudian boleh dimakan. Senang kan???

Mmg senang kalau cakap tp kalau buat..Sebab itu ROTI JOHN dijual dengan harga RM 3.50 sehingga mencecah RM 7.00. Di bazar Seksyen 13 ada ROTI JOHN yang berinti kambing dengan RM 6.00. Rasanya sedap dan kalau nak beli kenalah sanggp utk beratur. 

Harga makanan di bulan Ramadan ni ada yang murah ada, ada yg mahal. Bergantung kepada kwsn bazar tu. tp disebabkab harga minyak naik, barang pun naik lah..mcm teori domino. Kadang2 pelik jugak takkn setiap masa minyak naik, harga pun akan naik..tp itulah, peniaga kt Malaysia ni kurang pendidikan ttg pengguna. 

apa lgi menarik mengenai Rmadan??? Banyak sgt. Tak lama lg kita akan sambut Nuzul Quran dan sambutan Hari Merdeka di bulan puasa. Bulan puasa juga ada solat terawih setiap malam dan yg paling penting Malam Lailatu Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Macam2 mitos mengaitkan dgn malam ni, pokok bersujud la, air jadi manis la, dsb..walau bagaimanapun, semua itu kerja Tuhan, hanya Dia yg tahu bila akan tiba malam itu. Sebagai hamba, just beramal dan tunggu. Kalau ada rezeki bertemu lah dgn malam seribu bulan.

hmm..itu saja buat masa ni..

coretan:-tak sabar nak beli baju raya :p 

Thursday, August 19, 2010

Pak Long Selagi Ada Rindu




menarik jugak lagu ni..catchy dan menghiburkan...