Friday, December 3, 2010

UITM SO DIFFERENT??? WHY?

SIRI KETIGA.

Winston Churcill pernah menyatakan demokrasi adalah pemerintahan terburuk tetapi sistem yang terbaik daripada yang lain. Salah satu daripada lambang demokrasi ialah pilihanraya, parti politik, kerajaan dan parlimen. Demokrasi juga berpegang kepada konsep pemisahan kuasa yang diterjemahkan oleh Monstesquieu pada abad ke 16. Demokrasi terbahagi kepada dua iaitu demokrasi langsung (direct democracy) atau demokrasi tidak langsung(indirect democrary). Kalau di Malaysia, kita mengamalkan demokrasi tidak langsung yakni rakyat memilih wakilnya untuk membuat keputusan.

Dalam konteks universiti, sistem pemilihan MPP ialah pilihanraya. Tradisi ini telah diamalkan sejak universiti pertama di Malaysia ditubuhkan. Ia dikenali sebagai PILIHANRAYA KAMPUS. Merujuk kepada sistem di UITM dan universiti lain, terdapat beberapa perbezaan yang ketara. 

Perbezaan pertama ialah parti atau kumpulan. Di UITM, tiada parti atau kumpulan yang dikenali sebagai Pro aspirasi atau pro mahasiswa. Setiap calon mesti bertanding secara individu dan tak dibenarkan bertanding atas tiket parti. Penubuhan kelab atau parti juga dilarang. Selain itu, setiap calon tidak boleh mengadakan pakatan untuk bertanding dan sekiranya berlaku, pencalonan akan dibatalkan. Tiada kerusi umum yang dipertandingkan di peringkat universiti. Malah YDP MPP juga tidak dikenali oleh pelajar dan akan hanya dipilih oleh calon yang telah menang.

Perbezaan kedua ialah tempoh berkempen. Tempoh berkempen di UITM sangat singkat. Hanya tiga hari dibenarkan berkempen sebelum pembuangan undi dijalankan. Kempen yang singkat ini sebenarnya menyulitkan para calon untuk bersedia dengan poster dan manifesto. Selain itu, kempen sebegini membuatkan para pengundi tidak peka dan benar-benar mengenali calon yang bertanding. Contohnya pilihanraya kampus 2010 di mana tempoh berkempen hanya 3 hari. Ia tambah menyulitkan apabila pihak universiti gagal untuk menyiapkan poster seperti yang dijanjikan dalam masa yang terdekat. Justeru itu, ia menjejaskan persiapan para calon.

Perbezaan yang ketiga ialah mengenai cara berkempen. Cara berkempen di UITM setiap tahun lebih kurang sama dan tiada sebarang perubahan. Hal ini berlaku kerana sekatan yang dikenakan oleh pihak HEP. Sebarang aktiviti kempen mesti mendapat kebenaran HEP. Cara kempen yang paling cliche ialah lawatan kelas ke kelas. kempen ini dikatakan berkesan oleh segelintir pelajar. semua calon seboleh-bolehnya pergi ke semua kelas. Hipotesis yang sering digunakan ialah semakin banyak kelas, semakin banyak undi yang akan anda dapat. Begitulah senario pilihanraya di sini.  paling menarik ialah kita dapat melihat CM atau campaign manager yang akan bersemangat bercakap bagi pihak calon. Calon ini ibarat YB lah.

Perkara yang sangat berbeza ialah calon-calon ini jarang nak berdebat atau mengadakan rapat umum untuk mempromosikan manifesto. Soal jawab terhadap manifesto juga tiada. semuanya hanya akur. Namun, satu kesimpulan mudah ialah para pengundi mungkin sudah muak atau tak mahu masuk campur dalam hal pilihanraya. Adakah mereka rasa MPP tak membantu? berdasarkan pengamatan, ada segelintir yang bosan dengan politik kampus yang tak kemana-mana. Sebahagian besar pula langsung tak ambil tahu dan tak kisah.

Seharusnya setiap kali kempen harus diadakan debat terbuka antara calon supaya pengundi dapat menilai manifesto dan keyakina calon tersebut. Keduanya, perdebatan ini membawa kepada perdebatan ilmiah dan akan membuahkan hasil yang efektif. Namun, sayang acara debat ini tidak wajib termasuk di fakulti undang-undang. semuanya lesu dan tak berani bersuara. Saya pernah mencadangkan untuk mengadakan debat tetapi mendapat sambutan dingin daripada pihak atasan dan kesuntukan masa kempen. Akhirnya, niat itu berkubur. 

Perbezaan terakhir adalah poster. Saya lihat setiap kali pilihanraya kampus akan berlaku pembaziran kertas secara berleluasa. Perang poster inilah yang menceriakan fakulti selama beberapa hari. Berbaloi jugalah RM 300 yang diberikan oleh HEP untuk setiap calon. Poster yang ditampal mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Cuma banner atau pamplet sahaja yang boleh dipelbagaikan. Namun, tiada apa yang menarik kerana design dan slogan yang dibawa oleh calon cukup klise atau kadang-kadang meniru slogan kerajaan. TAK MENARIK LANGSUNG!

Seperkara lagi yang merisaukan tentang pilihanraya ialah pengurusan sampah selepas pilihanraya. Semoga kertas-kertas poster boleh dikumpulkan dan dikitar semula. Boleh dapatkan keuntungan. Manalah tahu boleh tampung aktiviti pelajar jika tak dapat peruntukan. 

Sebenarnya banyak lagi perbezaan tetapi inilah perbezaan yang ketara antara plihanraya di UITM dan universiti lain. Saya pernah bertanya dengan bekas MPP. 

" Kenapa kita tak ada parti atau kumpulan di UITM untuk bertanding kerusi umum?" 
" Sebab UITM semuanya melayu. Takut nanti akan ada perpecahan sesama anak Melayu kalau ada pro M di universiti. Nanti pro M akan ikut rentak pembangkang. Lebih elok ada macam sekarang, kita tak berpecah."

Itulah jawapan diberikan..Anda setuju?? 

p/s; kalau macam itu, tak perlulah pilihanraya kt Malaysia ini. tak perlu demokrasi. Satu parti cukup kan haha..    

to be continued...siri keempat..

0 comments:

Post a Comment