Sunday, December 5, 2010

THE CULTURE OF CRITICISM IN THE UNIVERSITY. IS IT REAL?

SIRI KEEMPAT..

Aku menulis artikel ini sekadar mahu berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang mungkin tidak tahu. Dalam artikel yang lepas,aku banyak menceritakan tentang kweujudan MPP dan gambaran sebenar politik kampus di UITM yang aku sifatkan lesu dan longlai. Lesu dan longlai maknanya kita menjadi statik tanpa sebarang perubahan ideologi, pemahaman mahupun pengetahuan. Kita masih di takuk lama. Apabila isu melayu dibangkitkan, kita mudah melenting. Apabila isu agama dikaitkan kita dengan semudahnya cuba menyesuaikan dengan adat mahupun pemahaman kita tanpa rujukan terhadap dalil naqli. Apabila kritikan terhadap pimpinan siswa mahupun universiti, kita digelar pembangkang ataupun tak bersyukur. Begitu juga sekiranya kita hambur kritikan kepada kerajaan, maka sahlah anda pembangkang. Sesunguhnya ruang demokrasi di universiti semakin sempit. 


Dalam siri ini, aku mahu menceritakan tentang betapa parahnya sebuah sistem demokrasi di kampus. Tiada niat mahu mengutuk atau menyakitkan hati sesiapa. Tulisan ini sekadar satu bentuk pandangan dari kaca mata saya sebagai seorang mahasiswa. Kisahnya begini..


Di fakulti, satu masalah yang pernah dihadapi ialah untuk belajar di fakulti dan kebanyakan kelas ditutup semasa study week. maka, ada sekumpulan pelajar yang sering belajar di kelas menghadapi masalah akibat kelas yang dikunci. Sebagai langkah awal, maka pelajar ini terus membuat aduan kepada YB MPP melalui laman FB. Namun, apa yang menyedihkan aduan kami diperlekehkan dan meminta kami untuk belajar di rumah sahaja. Tetapi yang melakukan hal ini bukannya YB tetapi pengikut-pengikut YB. 


Setelah beberapa aduan dilakukan maka terhamburlah beberapa kritikan terhadap pentadbiran yang YB ini. Kecohlah seketika di laman FB mengenai hal ini. antara kritikan yang diberikan ialah mengenai janji-janji YB, masalah kebajikan pelajar untuk belajar, YB yang membawa kroninya masuk dlm SMF dan sistem MPP secara keselurahan. Tetapi, segala kritikan ini gagal diserap dengan baik dan dibalas dengan provokasi. 


YB itu berusaha menunaikan impian kami tetapi malangnya terlambat.Sehingga kini masih sukar mahu belajar di fakulti. kebanyakan kelas dikunci. Jawapan yang paling klise "maaf, kami sudah berusaha tetapi pihak pentadbiran tidak bagi". So?? Adakah ini sahaja jawapan yang kamu boleh beri setelah kami mengundi anda? YB itu kini sudah lama meletak jawatan dan kini aktif dengan NGO nya. 

Begitu payah untuk berurusan dengan MPP kerana tiada saluran yang sesuai. Sebarang kritikan dianggap sebagai tentangan kepada YB. Kroni-kroni YB juga semakin galak menentang dan mengkritik sekumpulan pelajar yang mewakili ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan YB sejak daripada dulu hingga kini. 

Insiden yang paling membuatkan pelajar ini bangkit adalah apabila kritikan-kritikan yang diletakkan di page YB dicopy dan ditampal di setiap tandas pelajar di fakulti dan juga Dewan Sri Budiman. Sekumpulan pelajar ini dianggap mempromosi gerakan penentangan dan PRO M di universiti dan sememangnya perkara ini taboo di sini. mungkin ada yang sedar tetapi hal ini terjadi dalam bulan NOV-DIS 2009. Kononnya kebangkitan pelajar sudah bermula.

Sekumpulan pelajar ini tidak mahu menuduh sesiapa tetapi mungkin secara logiknya ia sebahagian daripada usaha lawan balik yang dilakukan oleh kroni tersebut. Hal ini kerana poster yang ditampal seolah-olah mahu memburukkan sekumpulan pelajar ini kononnya mereka adalah gerakan PRO M di sini. Namun, sehingga kini  dalang di sebalik penampalan poster ini tidak diketahui. Akibat daripada isu ini, ramai bertanya mengenai gerakan PRO M dan perkara ini sampai ke pengetahuan pihak exMPP dan MPP yang akan saya ceritakan nanti. 


Cumanya, konklusi daripada cerita ini ialah mengenai budaya berdebat dan budaya mengkritik dianggap sebagai satu bentuk tentangan dan bukannya satu bentuk teguran ke arah yang lebih baik. Budaya ini tidak menjadi sebahagian daripada mahasiswa. Mahasiswa akan berdebat dengan emosi tanpa dalil yang kuat. Kalau yang teruk, mereka akan cuba menentang dengan cara yang paling jahat untuk menjatuhkan lawan mereka. Beginilah senario yang berlaku dan saya yakin hal ini terjadi di setiap fakulti. Sekurang-kurangnya artikel ini lahir daripada realiti yang berlaku di sekeliling kita. Sekiranya kita masih di takuk ini, mahasiswa akan semakin lesu di mata dunia.

TO BE CONTiNUED..    


   

0 comments:

Post a Comment